Wednesday, January 27, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu V



Mari menyusun seroja
Bunga seroja

Hiasan sanggul remaja

Puteri remaja
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja

Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung

Mengapa kau bermenung

Oh adik berhati binggung

Lupakan saja asmara
Pada asmara...

Lupakan saja asmara

Pada asmara...

Mari menyusun seroja

Bunga seroja

Hiasan sanggul remaja

Puteri remaja

Rupa yang elok

Di manja jangan dimanja

Puja lah ia sekadar

Oh sekadar saja


(S. Effendy)





Selamat datang ke 'Gua Rahsia'.Tuan-tuan dan Puan-puan!...di sini terdapat beberapa peti.Peti-peti ini telah disimpan di sini sejak sekian lama,tetapi awas!ada pihak yang mahu mengambil peti ini dan menyimpannya di tempat mereka.Mari kita lihat peti-peti ini.

Peti yang bertanda 'Bangsa Gunung' telah dibuka.Anda sudah tahu apakah isinya dan mengapa bangsa misteri digelar dengan bangsa gunung atau bangsa Tanah Tinggi oleh bangsa-bangsa lain.Anda juga boleh menggelar mereka 'Highlander' aha...jika anda mahu.Lihat peti sebelah kiri,peti ini berlabelkan 'Laut'.Ini adalah petunjuk jika kita mahu mengenali karakter bangsa misteri.Bangsa yang menyebar di kepulauan sudah tentu mempunyai kemahiran kelautan yang tinggi,perbintangan dan arah angin serta ilmu membina kapal-kapal.Bangsa kelautan (maritim) juga sudah pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain dan bertukar-tukar pengetahuan dan budaya.

Ada sekumpulan peti yang terletak di atas batu leper.Peti yang pertama berlabel, 'Abraham dan Keturah'.Ini adalah nama sepasang suami isteri yang dikaitkan dengan bangsa misteri.Peti sebelahnya bertanda 'Parsi dan Sumeria'.Peti ini jika dibuka akan ditemukan helaian-helaian berlabel 'Vedic' dan 'Aryan'.Peti yang dihadapannya berlabel 'Emas',dan jika dibuka anda akan tahu mengapa Nabi Sulaiman (King Solomon) sanggup menghantar delegasi mencari emas terbaik di sini dan mengapa raja-raja Melayu Srivijaya mampu mengeluarkan syiling-syiling emas sebagai matawang.Terdapat beberapa peti yang lain,yang kita akan pergi melihatnya kelak,tetapi mari kita buka satu peti ini,yang terletak terasing sedikit di sudut pintu gua.

Peti ini mempunyai ukiran bunga melur yang indah di atasnya.Peti ini berlabel 'Wangi-wangian'.



RAHSIA DARI WANGI-WANGIAN



"Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada

Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada

(Bunga Tanjung Biru -Sejarah Melayu)



Untuk membicarakan sejarah Melayu,kita tidak seharusnya mengongkong diri dengan sempadan geografi.Kita mesti berfikir secara global.Atau lebih tepat secara Alam Melayu.Atau secara 'Nusantara'.Dahulu,beratus tahun atau beribu-ribu tahun dahulu tiada apa yang dinamakan 'Malaysia' atau 'Indonesia' atau 'Brunei' atau sebagainya.Yang ada ialah Alam Melayu atau Nusantara.Perkataan 'Melayu' itu sendiri diketahui oleh bangsa-bangsa lain seperti yang terdapat dalam arkib Sanskrit dan Tamil,Parsi,China dan Eropah menunjukkan bangsa ini telah lama bertamadun dan yang penting mereka tahu bahawa budaya,bahasa dan tempat tinggal mereka adalah sama iaitu Alam Melayu yang meliputi Benua Siam (IndoChina),Semenanjung dan kepulauan Melayu merangkumi pulau-pulau Indonesia,Filipina sehingga ke Taiwan dan mencapai pulau-pulau selatan Jepun,pulau-pulau kecil di lautan Hindi hingga mencapai Madagaskar.Perkataan 'Nusantara' pula setakat ini diketahui dikesan dalam Sumpah Palapa yang diucap oleh Gajah Mada iaitu Mahapatih Majapahit (Menteri Besar) bagi kerajaan Majapahit (1334-1359)

"Sira Gajah Madapatih Amangkubhumi tan ayun amuktia palapa, sira Gajah Mada: "Lamun huwus kalah nusantara isun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seran, Tañjung Pura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana isun amukti palapa".

(Gajah Mada Mahapatih Majapahit)

Maksudnya:Beliau Gajah Mada Patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa.Beliau Gajah Mada, "Jika telah mengalahkan Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa. Jika mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa".

Gajah Mada adalah seorang negarawan ulung Alam Melayu ketika itu.Istilah 'Nusantara' yang disebut olehnya menunjukkan bahawa kata ini telah digunakan sejak sekian lama di seluruh kepulauan Melayu.Bangsa Malai yang mendominasi Nusantara terdiri daripada etnik-etnik Mala-Aborigine;mereka biasanya berambut kerinting,berkulit gelap,bertubuh pendek dan tinggal di pinggir-pinggir hutan dan bukit.Sebahagian besar mereka tinggal di kepulauan Melayu hingga ke Pasifik seperti Hawaii,Papua dan Easter. Kemudian etnik-etnik keJawaan;mereka ini berkulit sawo matang dan bertubuh tegap.Ada di antara mereka memiliki mata yang kecil.Mereka adalah etnik Mala yang rajin dan suka mendominasi sesuatu.Selebihnya ialah etnik Malai Polinesian iaitu etnik yang agak terbuka identiti etnik mereka.Warna kulit mereka pula bervariasi dari yang gelap,sawo matang,kuning langsat sehinggalah cerah.Mereka ini agak terbuka dengan bangsa asing yang ingin mengenali mereka dan bersikap peramah.Melayu Kedah (termasuk etnik semenanjung yang lain),Acheh,Cham,Siam,Pattani dan Bugis (sekadar menyebutkan beberapa contoh) adalah tergolong dalam kelompok ini.Mereka amat mementingkan kostum dan hias-hiasan pada tubuh mereka.Mereka juga digelar kaum Tanah Besar kerana majoriti mereka tinggal di semenanjung hingga ke Segenting Kera dan sejauh Indochina sehingga mencapai Yunnan,dan sebahagian yang lain ada yang tinggal di kepulauan seperti di Borneo dan Sulawesi.Ini adalah sekadar kategori sahaja berdasarkan cara hidup dan perubahan geografi yang merubah etnik-etnik Mala ini di The Land of The East.Hakikatnya mereka adalah dari rumpun yang sama iaitu NUSANTARA.

Bangsa Mala yang tinggal di kepulauan sudah semestinya berasal dari Tanah Besar juga,tetapi terdapat tiga kemungkinan,

1.Sama ada mereka berasal Tanah Kanaan,menuju ke Himalaya,merentasi Sungai Mekong hingga ke Yunnan seterusnya menurun ke Benua Siam (Indochina) dan belayar ke Kepulauan Melayu.Rujuk Teori Ibrahim-Keturah

2.Atau dari Tanah Kanaan,mereka menuju ke arah laut dan belayar hingga ke kepulauan Melayu.Rujuk Teori Pelayaran Raja Mus.

3.Mereka sememangnya tinggal di daratan Tanah Besar tetapi perubahan geografi menyebabkan Tanah Besar terpisah-pisah menyebabkan terjadinya pulau-pulau.Rujuk Teori Lemuria dan pencairan ais ketika berakhirnya Zaman Ais serta Teori Hanyutan Benua.

Perkataan 'Mala' adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan,perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu.'Mala' sebenarnya bermaksud 'bunga' atau 'haruman'.'Mala' adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur;dua bunga yang menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam mistik dan kesusasteraan Melayu.Nama gadis-gadis Melayu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur,menunjukkan nama dua bunga ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.Perkataan Mala adalah nama asli bangsa ini,ketika di sebelah Parsi-Sumeria,bangsa ini digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum Mala,tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur,ini kerana sudah tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India.Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang Melayu.Para sarjana China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-La-Yu.'Mala-Yu' adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya,pemikiran seterusnya kaum itu sendiri.Gadis yang bernama Mala,Melur atau Melati adalah lambang gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat Melayu ketimuran.

Dari sukukata 'Mala',bangsa purba memberikan pelbagai panggilan dengan penambahan suffix yang berbeza.

Bunga,haruman dan wangi-wangian adalah salah satu kod rahsia bangsa misteri.Jika kita ingin mengenali bangsa ini,kita perlu tahu apakah signifikannya perlambangan bunga dan wangi-wangian kepada bangsa Melayu.Bangsa misteri ini telah sekian lama menghasilkan wangi-wangian untuk tujuan perubatan,mistik atau mengawet sesuatu.Bangsa misteri selain menggunakan bunga-bungaan,sering juga menggunakan rempah-rempah untuk mewangikan ruangan rumah atau balai.Mengapa kerajaan-kerajaan Eropah berlumba-lumba mahu menguasai Selat Melaka?Antara faktor terbesar ialah untuk menguasai perdagangan rempah.Rempah-ratus adalah bahan yang penting untuk memanaskan tubuh,sebagai ubat-ubatan dan resepi masakan.Dan perdagangan rempah sebenarnya telah dikuasai oleh pelabuhan-pelabuhan Melayu.Mengapa?Pada zaman dahulu ketika para pedagang Eropah mendapat bekalan rempah dari pedagang India dan Arab,mereka tertanya-tanya dari manakah para pedagang Arab dan India ini memperolehi bekalan rempah ini dalam jumlah yang banyak.Ini membuatkan mereka berusaha untuk mengetahui sumber segala rempah ratus ini dan berharap dapat menguasai tempat di mana rempah-rempah ini didapati.




Rempah adalah satu bahan yang penting dalam kehidupan mistik di dalam istana Firaun dan rahib-rahib Judea Kuno.Para ahli sihir Firaun adakalanya menaburkan rempah-rempah di dalam persembahan sihir mereka kerana bau rempah-rempah yang harum dan beraroma ini menimbulkan sensasi dan mengkhayalkan;membantu mereka dalam kerja-kerja sihir mereka.Para rahib Judea (Kerajaan Yahudi Kuno,selain kerajaan Samaria) kerapkali membakar kemenyan;salah satu campuran rempah dalam bentuk getah pepejal untuk melengkapkan ritual mereka.Pokok Kemenyan (Styrax benzoin Dryand) adalah pokok yang biasanya ditemui di Kepulauan Melayu.Sebab itu para Firaun secara rahsia mengimport rempah-ratus dan kemenyan dari Kepulauan Melayu.Di Kuil Hatshepshut,ada terukir kisah-kisah pelayaran delegasi Firaun ke Nusantara,dan terdapat ukiran pohon-pohon besar yang amat rendang seperti yang terdapat pada pokok Jati,Keruing atau Merapoh.Pohon-pohon besar ini juga ada yang dibawa ke Mesir untuk di tanam di sana.Kemenyan dan rempah sememangnya diketahui hanya didapati dari Nusantara.




Kemenyan dalam bahasa Inggeris ialah Benzoin Resin,dan resin bermaksud damar atau getah kemenyan itu.Perkataan 'Benzoin' (banjawin,benjamin) berasal dari bahasa Arab iaitu 'lubban jawi'.Perkataan 'jawi' adalah nama tempat itu diambil iaitu Tanah Jawi,dan ini adalah fakta bahawa para pedagang Arab sedar dari mana kemenyan berasal iaitu sebagai contoh dari Sumatra (S.Benzoin -Sumatra benzoin),Benua Siam (S. tonkinensis -Siam benzoin) dan Jawa (Javan frankincense).'Lubban' adalah nama Arab bagi wangi-wangian pepejal.Pada masa dahulu di Timur Tengah,wangi-wangian pepejal tempatan diperbuat dari campuran bunga-bungaan dan diproses menjadi pepejal yang wangi.Namun kemenyan dari 'Jawi' ini adalah 'lubban' yang terbaik dan memiliki kasta tertinggi dan kerap dijual dengan harga yang mahal kerana wangian kemenyan ini bukan berasal dari bunga-bunga tetapi getah resin (damar) asli yang sedia berbau wangi.

 

Rempah-ratus juga digunakan untuk upacara mengawet mayat.Mumia-mumia Firaun diawet dengan menggunakan rempah-ratus ini dan segala rempah-ratus ini terutamanya kapur barus dipercayai diimport melalui pelabuhan yang terletak di Barus,di Sumatera Utara.Kemenyan juga dikesan penggunaannya di dalam budaya Yahudi Kuno di dalam ritual-ritual mereka termasuk menyambut kelahiran bayi dan segala bekalan kemenyan ini di dapati dari Nusantara.

Sebab itu apabila apabila seorang gadis dari Nusantara telah disunting oleh seorang lelaki terhormat dari Tanah Kanaan,sumber-sumber Judeo-Sumeria menggelarkan gadis itu Keturah,atau 'kemenyan/wangi-wangian' dalam bahasa Ibrani menunjukkan nama sebenar gadis itu kemungkinan adalah 'Melur','Melati' atau 'Damar Wangi' dalam sebutan Nusantara.

Sebelum kita meneruskan topik yang semakin menarik dan misteri ini,mari kita telusuri beberapa jenis bunga yang popular dalam masyarakat Melayu.







Bunga Kemboja

 


Bunga Kemboja (Plumeria acuminata, famili Apocynaceae),adalah salah satu bunga purba yang dihormati bangsa Mala.Bunga ini adalah bunga yang kerapkali kita jumpa di perkuburan-perkuburan Melayu.Ini menunjukkan terdapat warisan ritual bunga-bungaan pada masa silam yang masih berbaki dalam masyarakat moden Melayu hari ini.Bunga Kemboja berwarna putih dengan pusat bunga berwarna kuning keemasan.Pokok ini sememangnya banyak ditanam di halaman candi (di Tanah Jawa) dan kawasan kubur.Kehadiran bunga Kemboja di perkuburan Melayu amatlah mengundang perasaan aneh dan misteri.Adakah bunga ini melambangkan kematian atau kehidupan selepas mati?Di Bali,Tarian Legong Keraton tidak akan lengkap tanpa bunga ini.Bunga ini selalu dipakai di telinga penari semasa upacara tarian itu berlangsung.Di Jawa pula, bunga Kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh menimbulkan kesan seram seperti suasana kubur dan juga boleh mengundang roh jahat yang akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah. Ada juga sebahagian masyarakat yang percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga Kemboja yang berkelopak genap (6 helai) akan mendapat rezeki.

Di Hawaii (nenek moyang mereka adalah dari Proto Mala), kalungan bunga Kemboja dipakai untuk menyambut tetamu.Nama kerajaan purba Melayu yang membina Angkor Wat diambil dari nama bunga ini.Sememangnya Angkor Wat asalnya adalah istana kota bangsa Mala sebelum diduduki oleh etnik Khmer dan mula menambah di sana-sini mengikut kepercayaan Buddha mereka.


Bunga Cempaka

 


Bunga Cempaka (Allamanda family Araceae) adalah juga salah satu bunga yang mendapat tempat pada budaya dan kesusasteraan Melayu purba.Bunga ini selalu juga digunakan di dalam seloka,gurindam dan juga prosa Melayu dahulukala.Bunga cempaka adalah bunga yang cantik.Tidak hairanlah terdapat manuskrip Melayu dinamakan Cempaka Sari dan nama kerajaan purba Melayu dahulukala juga di ambil dari nama bunga ini.Tumbuhan bunga ini mempunyai kelebihan dari segi perubatan.

Bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.Cemnpaka putih pula sesuai untuk merawat pitam,bisul atau radang tengkuk.




Bunga Kenanga



Bunga Kenanga (Canangium odoratum, famili Annonaceae) sangat sesuai ditanam di halaman rumah kerana ianya dapat menolak `black magic` seperti terkena buatan orang. Bunganya yang berbau harum digunakan untuk membuat bunga rampai atau dipakai semasa upacara adat tertentu.

Pokok kenanga merupakan pokok yang besar setinggi 38m dengan diameter batangnya 1m. Pokok kenanga yang ditanam untuk tanaman hiasan biasanya setinggi 1 hingga 2 m.

Bunga kenanga berwarna hijau kekuningan, tidak begitu menonjol dan tumbuh berkelompok yang terdiri daripada 6 hingga 10 kuntum pada satu tangkai. Kelopak bunga ini berbentuk pita yang agak terpilin sepanjang 5 - 10 cm.



Bunga Melati/Melur


 


 

Bunga Melati (Jasminum sambac, famili Oleaceae) telah dinobatkan sebagai bunga rasmi Indonesia oleh Presiden Soeharto pada 5 Julai 1990.Bunga ini merupakan simbol kepada kesucian, ketulusan dan kebersihan hati.Bunga Melati juga antara bunga yang menjadi lambang kemelayuan purba dan banayak hikayat yang menyebut nama bunga ini dan nama wanita yang dikaitkan dengan bunga ini juga adalah perkara biasa.

Melati sangat popular dalam kehidupan masyarakat Melayu, Betawi, Jawa, Sunda, Madura dan Bali kerana ianya dianggap melambangkan kesuburan, kesejahteraan dan kemakmuran.Pengantin tanpa lilitan untaian Melati pada keris yang dipakainya akan dianggap kurang sempurna pernikahannya.

Ibu-ibu yang mempunyai air susu yang kurang boleh menjadikan Melati sebagai ubatnya.Melati yang sudah digiling hendaklah disapu pada buah dadanya agar air susu yang dihasilkan bertambah banyak.

Melati dapat dibezakan kepada 2 jenis berdasarkan kepada mahkota bunganya, iaitu yang berbunga tunggal dan berkumpulan. Bunga Melati berwarna putih dan berbau harum.

Bunga Kemuning

 


Bunga Kemuning (Murraya paniculata famili Rutaceae) merupakan pokok yang setinggi 3 – 7 m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ianya bertukar menjadai putih bersih.

Daun dan bunganya jika digiling halus dan disapukan pada badan, akan membuatkan seseorang wanita lebih cantik dan berkulit kuning bersih. Kayunya yang berwarna kuning agak kecoklatan merupakan bahan yang sesuai untuk membuat sarung keris.

Bunga Seroja



Bunga Seroja (Nelumbo nucifera famili Nelumbonaceae) adalah bunga yang sering menjadi lambang dalam agama Buddha.Seroja sering terkeliru dengan bunga yang hampir sama dengannya iaitu Bunga Teratai.Bunga Seroja ditakrifkan sebagai lambang kebijaksanaan dan pencerahan.Adalah dipercayai,Bunga Seroja dibawa ke Mesir melalui ekspedisi-ekspedisi raja dan ratu Mesir ke Nusantara.Seroja sering dilihat sebagai bunga yang disucikan dan dihormati oleh agama misteri Firaun dan motif bunga ini diukir di dinding kuil selain ditanam di taman-taman diraja.Dari Mesir,bunga ini disebarkan ke Assyria,seterusnya ke Parsi,India dan China.

Bunga Teratai

 


Bunga Teratai (Nymphaea famili Nymphaeaceae) sering dikelirukan dengan bunga Seroja.Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai.Pada zaman dulu, orang memang sering mencampuradukkan antara tanaman 'genus Nelumbo' seperti seroja dengan 'genus Nymphaea' (teratai). Pada bunga jenis Nelumbo, bunga terdapat di atas permukaan air (tidak mengapung), kelopak berwarna merah (teratai berwarna putih hingga kuning), daun berbentuk lingkaran penuh dan rimpangnya biasa digunakan.Jika Seroja amat rapat dalam menerangkan pencerahan dan kebijaksanaan dalam agama Buddha,apabila umat Melayu menerima Islam,bunga Teratai menjadi ganti menerangkan falsafah yang kompleks.




Bunga Teratai menjadi perlambangan kepada ajaran Islam dan konsep ketuhanan sebagaimana kajian seorang pengkaji,Abdullah Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep bunga Teratai di Alam Melayu:

Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah
yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang
dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”.
Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah
seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan
wujudnya bersama kudup.
Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang
mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat
segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun
hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu
terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.
Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan
segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang
berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu
yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.

Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut
Abdullah,zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila
berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai
akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan
manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar.
Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur
Muhammad’. Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah
sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah
melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.
Abdullah juga dalam kajian falsafah Teratai menyatakan bahawa bunga teratai adalah
lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan
tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau
bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut
beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam
upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu.

Bunga telah lama menjadi tradisi bangsa Melayu.Amalan menabur bunga di perkuburan bukanlah ikut-ikutan budaya orang lain malah ini adalah budaya Melayu kuno zaman-berzaman.Amalan mandi bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu lama sebelum terapi bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi Bunga memang merupakan ritual orang Melayu tradisonal yang mempunyai unsur-unsur yang sudah bercampur-aduk antara kepercayaan Dinamisme, Hinduisme dan ‘Popular Islam’. Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya.Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’, dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’ oleh orang Jawa.

Di kalangan orang Melayu tradisional, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ seperti yang difahami oleh mereka dalam insiden ‘lemah semangat’, ‘kus semangat’ dan sebagainya. ‘Mana’ bagi golongan tertentu mempunyai gelaran yang khusus. ‘Mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’. Sedangkan ‘mana’ bagi para ahli agama baik golongan pawang dan dukun pada zaman Dinamisme, sami dan pendita pada zaman Hinduisme-Buddhisme, mahupun alim-ulama’ pada zaman Islam, dipanggil sebagai ‘berkat’ dan ‘keramat’.

Salah satu ramuan Mandi Bunga ialah limau yang dianggap dapat menjauhkan segala makhluk jahat.Limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan bahan utama untuk pelbagai kepercayaan dan ritual orang Melayu tradisional. Sebagai contoh:

1. Air tepung tawar yang ‘asasnya’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan limau purut yang dihiris.

2. Limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.

3. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan dalam pakej adat perkahwinan Melayu tradisional iaitu selepas kedua-dua pengantin bersatu. Pengantin akan berpakaian lengkap dan duduk di bawah naungan kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan lain-lain ramuan akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut.

4. Di Perak, mandi tolak bala dilakukan dengan menggunakan hirisan buah limau nipis yang digosok-gosokkan ke badan seperti mana sabun. Selepas itu, barulah sambungan kepada perkara-perkara yang dilakukan dalam ritual tersebut akan dilanjutkan.

5. Dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi di Sungai Dacing, Lenggeng, Negeri Sembilan; pawang akan ‘menawarkan’ limau-limau yang disediakan dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya sebanyak tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi, agar padi subur dan selamat dari bencana.

6. Wujud juga pantang-larang berkenaan limau dalam kehidupan orang Melayu tradisional. Salah satu daripadanya ialah larangan membawa limau purut jika mandi di sungai, nanti dibaham buaya. Kononnya buaya amat marah dan mungkin mengganas kerana buah limau itu menyerupai bonjol di atas kepalanya dan berhubung kait pula dengan asal usul kejadiannya.

Daun, bunga dan limau dengan sifat-sifat tertentu (misalnya daun bertemu urat dengan warna tertentu) dan bilangan tertentu (misalnya tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun), ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ yang akan membawa manfaat yang diinginkan. Oleh yang demikian, unsur kepercayaan Dinamisme dalam amalan Mandi Bunga dapat dikesan apabila ramuan mandi yang telah mempunyai ‘mana’ tersendiri disatukan bagi membentuk gabungan ‘mana’ yang baru pula. Hasil daripada kewujudan ‘mana’ baru yang ‘lebih bertenaga’ ini, maka dipercayai kononnya ‘mana’ pada orang yang melakukan Mandi Bunga juga akan menjadi lebih kuat, berupaya menghalau segala sial dan sihir, serta mampu menarik lebih banyak tuah dan keuntungan.
Bau-bauan yang wangi dalam amalan Mandi Bunga ini juga dipersembahkan kononnya sebagai bahan pengorbanan kepada makhluk-makhluk halus yang akan membantu mengambil hati mereka. Maka apabila perbuatan ini dilakukan, makhluk halus yang jahat dan membawa sial akan meninggalkan diri pihak yang melaksanakan amalan Mandi Bunga itu. Makhluk halus yang baik pula dipercayai akan menggantikan tempat yang dikosongkan oleh makhluk halus yang jahat tadi dan sekaligus membawa manfaat kepada pihak tersebut.

Orang Melayu memang rapat dengan bunga dan tahu rahsia dan kekuatan setiap bunga-bungaan tersebut.Jika kita lihat halaman rumah orang Melayu di kampung-kampung,kita akan dapati pelbagai jenis bunga biasanya ditanam oleh orang-orang Melayu di halaman rumah.Gadis-gadis Melayu secara amnya memiliki naluri untuk menanam bunga di halaman rumah selepas berumahtangga walaupun tinggal di perumahan yang sesak atau di flet-flet.Setiap petang gadis-gadis Melayu ini tidak lupa untuk menyiram bunga-bungaan mereka ini yang ditanam di pasu-pasu mahupun ada yang tergantung.




 

Lambang bunga juga dijadikan simbol kerajaan Melayu Purba,malah menjadi motif bagi nisan raja-raja besar mereka.Bunga Teratai dan Seroja selalu dipilih untuk menghiasi bahagian atas nisan-nisan raja-raja Melayu.




Pada pintu gerbang kota juga lambang bunga dipahat dan terdapat juga lambang bunga di meriam-meriam Melayu dahulukala.Kegemaran bangsa Melayu menjadikan bunga sebagai lambang kerajaan mereka diwarisi oleh Indonesia yang menjadikan Bunga Melati sebagai bunga kebangsaan manakala Malaysia memilih Bunga Raya sebagai bunga rasmi negara.

 

Kemenyan adalah lambang ritual masyarakat Melayu.Dunia kedukunan Melayu tidak sah jika tidak menyertakankan wangi-wangian ini.Selain dijadikan alat perbomohan,kemenyan digunakan di istana-istana raja sebagai 'perfume' dan ia selalu dibakar di dalam dupa-dupa berkerawang yang indah buatannya.Jika colok menjadi lambang ritual dan keagamaan bangsa Cina,kemenyan adalah lambang ritual dan dunia mistik Melayu.Amalan membakar perasap dalam amalan Hindu sebenarnya berasal dari Nusantara kerana pedagang India mendapatkan bekalan kemenyan terbaik dari Nusantara.Ini tidak menghairankan jika pembaca memahami hubungan terahsia orang Melayu dengan budaya Vedic,Brahmin dan agama Ibrahim yang di bawa ke Benua India beribu tahun dahulu.Bangsa Melayu yang diiktiraf sebagai berkasta Brahmin dan Ksatria dalam agama Hindu akan dibincangkan dalam siri seterusnya.

Orang Melayu adalah bangsa bunga dan wangi-wangian,dan ini adalah karakter misteri yang sukar ditelah oleh orang lain kecuali Melayu sendiri.Setiap orang Melayu yang memahami rahsia bangsanya akan tahu rahsia ini.Hanya orang Melayu mengenal rahsia Melayu.Gadis-gadis Orang Asli yang gemar menyelitkan bunga dicelah telinga mereka mengingatkan rahsia yang terpendam dalam sejarah bangsa Mala.Di dalam dunia mistik Melayu,bunga mendapat tempat yang teristimewa.Sebab itu di dalam pengkisahan Tun Mamat di Gunung Ledang,penulisnya memilih karakter-karakter makhluk bunga untuk menerangkan suasana mistik yang menyelubungi Tun Mamat ketika di Gunung Ledang.Berada di taman bunga yang misteri di tengah hutan rimba,akan menimbulkan suasana seram dan suara-suara delusi di fikiran Tun Mamat:

Maka Tun Mamad pun naiklah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya, naik ke Gunung Ledang itu. Setelah datanglah had buluh perindu, maka Tun Mamad dengan dua orang yang naik itu, seperti akan terbanglah rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup; maka awan pun seperti dapat dicapai lakunya, dan bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang dengan suatu taman, terlalu indah perbuatannya. Maka Tun Mamad pun masuk ke dalam taman itu, maka dilihatnya serba bunga yang ada di dalamnya pel¬bagai jenis, dan buah-buahan yang ada di dalam dunia ini ada¬lah didalam taman itu, sekaliannya lengkap dengan jambang¬annya, pelbagai rupa jambangannya

segala mergastua dan segala kayu-kayuan di dalam taman itu melihat Tun Mamad datang, maka segala burung itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya; ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam; maka limau manggar pun bersorak, anggerik pun mengilai, delima pun tersenyum; maka bunga air mawar pun berpantun serta berseloka, katanya:


"Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan;
Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang."


Maka disahut oleh bunga tanjung, katanya:

"Dang Nila memangku puan,

Berembang buah pedada;

Adakah gila bagimu tuan,

Burung terbang dipipiskan lada."

Maka dijawab oleh bunga telipuk:


"Kuning Ledang bagai dikarang,

Riang-riang disambar wakab;

Hairan memandang dunia sekarang,

Bayang-bayang hendak ditangkap."

Maka Tun Mamad 'pun hairanlah mendengar reneana taman itu, seraya berjalan ke Terigah taman itu. Maka Tun Mamad pun bertemu dengan sebuah balai, semua perkakasnya tulang dan atapnya rambut; di atas balai itu ada seorang perempuan tua, baik rupanya, menyampai kain pendukung; empat orang perempuan muda-muda mengadap dia. Maka ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, "Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?" Maka kata Tun Mamad, "Kami ini orang Melaka, nama hamba Tun Mamad, dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang, Lak¬samana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini, tiada boleh naik, akan hamba disuruhnya; dan tuan hamba, siapa nama tuan hamba?"
Maka sahut perempuan itu, "Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri Gunung Ledang; nantilah hamba di sini, biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba itu pada tuan puteri."

(Sejarah Melayu)




Jika kita ingin memahami rahsia bangsa Melayu dan segala alternya,'BUNGA' dan 'WANGI-WANGIAN' adalah katakunci (password) untuk membuka peti-peti yang lain.Sememangnya bangsa Mala Proto di Nusantara dan Mala Deutro yang menetap di sepanjang laluan ke The Land of The East a.k.a The Promised Land di mana mereka tidak berniat untuk meneruskan perjalanan ke tanah nenek moyang mereka, tetap berhubungan sama ada melalui budaya atau perdagangan.


Pada tahun 600 Sebelum Masehi,seorang raja Babylon kelihatan sedang duduk termenung memikirkan satu masalah besar.Permaisuri barunya sudah 2 hari di dalam keadaan murung dan bersedih.Adakalanya tidak mahu makan dan minum.Biarpun dipujuk berkali-kali,namun permaisurinya itu yang bernama Amuhia,masih diam dan bersikap dingin.

Akhirnya setelah disiasat oleh dayang-dayang diraja,barulah Bukhtannasar (Nebuchadnezzar II) mengetahui sebab isteri barunya bersikap dingin.Isterinya itu merindui kampung halamannya yang jauh.Maka selepas itu raja Babylon Bukhtannasar pun memerintahkan ekspedisi-ekspedisi ke Timur untuk mengambil pohon-pohon besar dan benih-benih bunga terpilih untuk ditanam di taman agung yang dirancang olehnya.

Siapakah gadis misteri bernama Amuhia ini?Mengapa raja agung Babylon sanggup membina Taman Tergantung Babylon semata-mata untuk menanam bunga-bunga kesayangan gadis misteri ini?







---------------------------------


Alter Terahsia Bangsa Melayu VI

 


-Rahsia bangsa Bunga dan Wangian
-Ekspedisi para Firaun
-Bangsa mistik bunga-bungaan
-Apa yang dipelajari oleh para Firaun dari mistik bangsa bunga?
-Kemenyan,Keturah dan Qathura
-Teori Ibnu Athir

-Gadis Suci Wangi-wangian
-Seroja dan Kemboja
-Emperor Cambyses dan Iran Kuno

-Ke manakah saudara-saudara Mala yang lain?

-Scythia dan Madayu

-Puteri Bunga dari Timur Jauh

-Ramayana dan Mahabharata

-Peperangan di antara raja-raja Babilon dan Mala

-Budaya Vedic di Benua Kecil

-Kerajaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman

-Negarakota-negarakota Bangsa Mala
-Empayar-empayar Melayu di The Land of Gods

-Warisan dari Emperor agung
-Brahman dan Saraswathy

-Petunjuk ke-7 dan ke-13 dari bunga dan wangi-wangian

-Wasiat Terakhir Abraham

-Pencarian Tanah Wangi-wangian
-The Guardian of The Promised Land

-Amuhia,puteri Madayu atau Malayu?

-Sekuntum bunga buat Emperor purba di Babylon

-Cinta Gadis Misteri




Peti rahsia semakin menyebarkan harum-haruman misteri!Nantikan di MistisFiles!!









Read more!

Alter Terahsia Bangsa Melayu IV



Siapakah Melayu?Darimanakah asalnya Melayu itu?Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel,Atlantis,Lemuria,Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,'di penghujung dunia'.Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan.'Di hujung dunia',setelah penat mengembara,bangsa misteri berehat dan berehat...tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri,tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!




At World's End
 

 

Sudah penat menjejak bangsa ini.Ke mana lagi mereka ingin berjalan?Begitu teguh azam mereka.Begitu berani lelaki-lelaki mereka meredah panas padang pasir dan ribut salji,begitu setia wanita-wanita mereka mendukung anak dengan wajah tersenyum walaupun keletihan.Tidak terdaya kaki ini melangkah mengikut hayunan langkah mereka yang semakin laju.

Kemana mereka ingin pergi?

Dimanakah mereka ingin tujui?

Tunggu!

Tunggu aku!

Aku ingin ikut kamu!

Jangan tinggalkan aku!

Ke mana kamu semua ingin pergi?

Cakap!Ke mana kamu semua ingin pergi!?

Tidak seseorang pun mahu berkata-kata.Tidak seorang pun mahu menjawab pertanyaan itu.Semuanya menundukkan wajah mengikut langkah ketua mereka.Semakin laju.Semakin pantas.Apa yang ingin dikejar mereka pun langsung tidak diketahui.Kaki yang lemah tidak mampu lagi dihayun.

Lalu terjatuh.Mata hanya mampu memandang wanita terakhir yang berada di barisan paling belakang bangsa pengembara itu.

Mereka semakin jauh di hadapan.Diri ini masih merangkak-rangkak melambai-lambai ke arah mereka.

Tiada siapa peduli.Mereka semakin sayup.Mulut pun merintih...

"Kenapa tinggalkan aku...?"

Wanita terakhir di barisan paling belakang tiba-tiba menoleh.Sungguh ayu wajahnya.Dua mata saling bertentang.Redup matanya menggamit misteri yang paling aneh.

Wanita Melayu Terakhir.

Jika itulah nama yang ingin diberikan kepadanya.

Tiba-tiba wanita muda itu berpaling ke hadapan.Seorang lelaki tua memarahinya.Mereka pun meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan diri ini yang kepayahan dan keletihan.Terjelepuk di dalam misteri dan persoalan.

Sayup...semakin sayup...hingga tinggal titik halus sahaja.

Badan yang masih lemah dihayun ke depan.Merangkak dan merangkak.Mentari masih kejam menyiksa diri ini.Kesendirian di tengah-tengah dunia asing.Kesepian tanpa cinta dan airmata.

Tiba-tiba di kejauhan,ada sesuatu beralun-alun di atas tanah gersang.

Sehelai selendang berwarna merah.

Di atas selendang tersulam cantik satu huruf rahsia yang aneh.Huruf yang dilihat dari jauh seperti 'mem' dalam Ibrani Kuno tetapi jika didekati seperti huruf 'mim' dalam tulisan Arab.Seakan-akan juga sebarisan hieroglif atau cuneiform yang ganjil.Unik sekali.

Selendang yang ditinggalkan gadis misteri dicium.Terasa wangi sekali.Amat wangi hingga terasa hilang segala penat dan lelah.

WANGIAN YANG HILANG DI TIMUR JAUH

Sebahagian besar pengkaji telah pun mengetahui tentang rahsia yang terpendam di dalam organisasi di sebalik cita-cita Hitler,Third Reich atau Fuhrer orang-orang Jerman dan Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei,Parti Nazi pimpinan Hitler.Siapakah Hitler?Apakah kaitan Hitler dengan Illuminati dan Zionis?

Jika kita ingin menjejak bangsa yang hilang ini,kita juga perlu tahu siapakah yang juga ingin menjejak bangsa ini,apa tujuan mereka dan mengapa mereka ingin mencari bangsa ini.





Di sebalik Hitler tegaklah Thule Society,Vril Society dan Kultus The Black Sun.Mereka adalah 'secret societies' (rujuk organisasi Dajjal) yang membiayai dan merangka kerjaya politik Hitler.Siapa sangka,di sebalik sifat diktator dan fahaman Nazisme Hitler yang atheis dan materialis tersembunyi amalan ritual paganisme dan mistik sesat seangkatan dengan Kabbalah.

Hitler diketahui amat meminati mistik dan agama-agama misteri kuno.

Tidak hairanlah lambang Parti Nazi,'swastika' di ambil dari swastika dalam ajaran Vedic Kuno.Hindu dan Buddha memiliki pengertian masing-masing tentang swastika.Nazisme adalah fahaman ciptaan 'The Hidden Hand' digunakan untuk merangka plan jangka panjang:menubuhkan negara Zionis Israel.Holocaust adalah pembohongan semata,dan jika ada Yahudi yang dibunuh,itu adalah Yahudi Ortodoks yang menentang Zionis.Mereka dibunuh bersama-sama bangsa kulit putih Eropah yang dungu dan menjadi patsies di dalam kerja-kerja kotor mereka untuk menubuhkan Israel pada hari ini.MEREKA MENJADI KORBAN KEPADA BINTANG DAUD 'THE DAVID STAR' PALSU.Iblis Laknatullah hauskan darah manusia untuk merestui negara syaitan bagi mempersiapkan takhta 'anaknya' Dajjal Laknatullah AlMasih AlMuntazhor.



Siapakah Aryan,Hyperborean dan bangsa yang hilang?

Jean-Claude Frere menulis;

"The sons of the Outer Intelligences split into two groups, one following the ’Right Hand Path’ under the ’Wheel of The Golden Sun’, the other the ’Left Hand Path’ under the ’Wheel of the Black Sun’. The first preserved the centre of Agartha, that undefined place of contemplation, of the Good, and of the Vril force. The second supposedly created a new place of initiation at Shambhala, the city of violence in command of the elements and human masses, hastening the arrival of the ’charnel-house of time'."

Menurut pengarang ’Nazisme et Sociétiés Secretès’ ini,bangsa Hyperborea selepas bermigrasi ke padang pasir Gobi lebih 6000 tahun yang lalu, telah mengasaskan sebuah penempatan baru,yang digelar Agartha.Walaubagaimanapun,satu bencana telah terjadi dan permukaan bumi telah musnah,tetapi puing-puing Agartha masih wujud,di bawah bumi.Legenda menyebut,bangsa ini (kemudiannya digelar sebagai Aryan) telah berpecah kepada dua:

-satu kumpulan bergerak ke barat laut,berharap dapat kembali kepada Hyperborea yang hilang.
-kumpulan kedua bergerak ke selatan,di mana mereka telah menubuhkan penempatan rahsia baru,di kaki gunung Himalaya.

Thule,bermaksud ibukota bagi bangsa yang hilang ini.Vril pula bermaksud kuasa sakti atau satu daya misteri yang digunakan oleh bangsa yang hilang bagi memerintah dan mentadbir negara.Semua mitos ini diajar oleh para okultisme Dajjal kepada Hitler sebagai hamba baru mereka ketika itu,menggalas tugas untuk menubuhkan Nazi-Jerman seterusnya mencetuskan Perang Dunia I dan II,menjadi alasan kepada penubuhan United Nation dan akhirnya penubuhan negara haram Israel.

Tetapi ada satu rahsia tersembunyi yang tidak diketahui ramai.Rahsia yang amat terpendam.Misi terahsia Hitler di Tibet.

Ketika Nazi memerintah Jerman,telah pun diketahui bahawa Hitler telah menghantar berpuluh-puluh ekspedisi rahsia ke Tibet.Ramai pengkaji tidak begitu jelas akan tujuan Hitler .Mereka cuma dapat mengagak Hitler mahu mencari bangsa Hyperborea atau bangsa Super-Aryan yang hilang.Ada juga berpendapat Hitler mahu mengkaji dan mempelajari mistik orang-orang Tibet dan mengaplikasikan ke dalam kultus sesatnya 'The Black Sun' bagi menambahkan aura kuasa ghaib mengikut fahamannya supaya pemerintahannya semakin hebat dan bertahan lama.

Tetapi siapa tahu,apa sebab Hitler mahu mencari bangsa Aryan yang hilang?

Sejak para rahib Illuminati mula mencari-cari ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan Rasullullah s.a.w) selepas kejayaan meracun Hassan Al-Askari r.a,keturunan Rasullullah s.a.w yang digelar antara Imam 12 oleh Syiah (ini bukan sokongan terhadap Syiah,yang sesat tetap sesat,dan yang sesat dan mengada-adakan akan duduk dalam neraka),ternyata keturunan Rasullullah s.a.w seolah-olah lenyap tanpa berita,padahal Imam Iblis Tertinggi mereka memberitahu AlMahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w dan Hasan Al-Askari r.a bukanlah Mahdi yang dicari-cari.Semua ciri-ciri dan perwatakan AlMahdi telah dihafal oleh para rahib dalam 'inner circle' melebihi sesetengah orang Islam sendiri yang mengaku mencintai ahli bait.Begitu takutnya Dajjal akan orang yang akan membunuh dia kelak.AlMahdi perlu dihapuskan!!

Kesemua keturunan Rasullullah yang berketrampilan dan menjadi pemimpin masyarakat telah meninggal dunia akibat DIBUNUH!90% dari mereka telah DIRACUN!Ini bukan kebetulan tetapi satu konspirasi terancang.Ketika mencari-cari kerajaan Kristian yang disebut di dalam mitos berada di Timur,para pengembara Rosicrusian (satu ajaran sesat Dajal) Sepanyol dan Portugis akhirnya menemui lebih dari sebuah kerajaan Kristian Presto John yang digembar-gemburkan,tetapi sebuah kerajaan Islam yang kaya-raya di Timur Jauh.Bukan negara orang-orang Arab,tetapi satu bangsa yang mereka sendiri tidak pernah mengenalinya.Bagaimana terdapat sebuah kerajaan Islam ditengah-tengah pengaruh Hindu-Buddha di Timur Jauh yang jaraknya beribu kilometer dari negara Arab?

Mereka telah dapat mengagak,kemungkinan ahli bait lari ke Timur Jauh!

Dari situ mereka mula ingin belajar mengenali musuh baru mereka!

Lengkapkan puzzle ini:Keturunan Keturah dari Tanah Kanaan, Himalaya dan Tibet, Malai dan budaya Vedic-India dan Melayu di Nusantara.

Apa yang ingin mereka cari di Tibet?

Di sini mereka ingin mengetahui jejak bangsa ini yang setakat ini dapat dijejaki hingga ke kaki gunung Tibet.Tetapi Hitler tidak mengetahui rancangan sebenar bosnya.Mereka mungkin menemui jejak bangsa Mala di puing-puing kaki gunung Himalaya tetapi tidak diketahui ke mana seterusnya.KUNCI RAHSIA TELAH HILANG.Hyperborean telah tiada.Mereka menemui SHAMBHALA tetapi bukan SHANGRI-LA.Bangsa misteri telah membawa 'Shangri-la' mereka pergi bersama-sama.Yang tinggal hanyalah tapak kaki yeti yang bertaburan di permukaan salju putih.Di India mereka menemui Lucifer dalam bentuk yang lain, 'Om' yang disembah oleh para penganut penyembah berhala.Di sinilah bermula ajaran New Age dan Theosofi.Maka Hitler pun menjadi penganut New Age yang pertama.Betapa Iblis yang dipuja di India adalah sama dengan Iblis para Kabbalis dan Kultus The Black Sun.HITLER TIDAK BERJAYA MENCARI BANGSA YANG HILANG.Tidak lama selepas itu empayar Hitler mula hancur dan Hitler dikatakan membunuh diri (atau dibunuh?).

Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala...




BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.




Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Bangsa Melayu Dalam Kesususasteraan Kuno

'Malai' adalah nama yang disebut dalam manuskrip-manuskrip purba India untuk satu bangsa yang tinggal di Kepulauan Melayu.'Malai' bermaksud gunung atau bukit.Ini bermaksud pada masa silam bangsa ini tinggal di dataran-dataran tinggi atau,menunjukkan arah kedatangan mereka,dari sebelah utara India,dari arah perbatasan pergunungan.Bangsa ini disebut-sebut dalam kesusasteraan Avestan-Vedic-Sanskrit,bahawa salah satu suku terhormat bangsa Aryan yang berkasta Ksyatria,kasta pahlawan yang menurunkan kaum Sakya (yang berasal dari perbatasan Himalaya) yang membawa ajaran Veda bersama-sama suku kaum Aryan yang lain menyerang Benua Kecil India dan memaksa etnik asli India bergerak ke tanah lebih selatan.Kulit mereka lebih cerah dan mereka berperawakan tegap dan tampan.

Siapakah mereka?dari mana datangnya mereka?Untuk mengetahui siapakah mereka,mari kita telusuri salah satu suku Aryan yang lain, iaitu Mada.

Ingat!Jika membicarakan tentang Aryan,ia adalah berkaitan dengan budaya Parsi Kuno,lama sebelum Darius II memerintah.

Medes adalah nama Yunani yang merujuk kepada bangsa Iran Kuno,yang tinggal di sebelah barat laut Iran hari ini.Kawasan ini dikenali di Yunani (Greek) sebagai Media atau Medea.Dalam bahasa Iran Purba,ia dipanggil dalam sebutan Mada.Ketika pemerintahan raja-raja Assyria, kaum ini dikenali sebagai Madayu.Mereka telah memasuki kawasan ini bersama-sama gelombang pertama puak-puak Iran Purba,ketika lewat alaf sebelum masehi (ketika keruntuhan Zaman Gangsa).

Media,Midia,Midian dan Mada adalah sukukata yang sama yang menjelaskan tentang Madyan (dalam bahasa Arab) satu bangsa yang maju dan disebut dalam kisah Nabi Shuaib dan Kaum Madyan.Nabi Shuaiblah rasul yang diangkat dari kalangan bangsa Mada,di mana ketika itu kemajuan material telah melekakan bangsa Mada.

Ketika abad ke 6 Sebelum Masehi,selepas bersama-sama bangsa Babilon mengalahkan Empayar Assyria Baru,Bangsa Madayu telah mampu menubuhkan empayar mereka sendiri,yang mana membentang dari Laut Hitam dan daerah Aran (Azerbaijan sekarang) ke utara dan Asia Tengah,Afghanistan dan Pakistan yang mana terdiri dari banyak jajahan termasuk Tanah Parsi,yang mana akhirnya penduduk Parsi meresap masuk ke dalam Empayar Madayu/Media ketika zaman Empayar Achaemenid Parsi.Bangsa Madayu diiktiraf sebagai yang mengasaskan Empayar Iran pertama,yang terbesar sehinggalah Cyrus The Great menyatukan bangsa Madayu dan Parsi menjadi Empayar Achaemenid,dengan mengalahkan datuknya yang juga seorang Emperor,Astyages,Raja Media (Madayu).

Mari kita lihat kembali nama Bangsa 'Mada' (dalam sebutan Iran Kuno) ketika pemerintahan Assyria.Kenapa kita hendak mengkaji bangsa Mada/Media/Madyan ini?

"Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Genesis 1:32)

Bangsa Madayu adalah saudara kepada bangsa-bangsa dalam kelompok keturunan Keturah.Dalam bahasa Avestan (bahasa keagamaan kuno Parsi Purba) kata 'yu' adalah suffix yang merujuk kepada 'mind','brain' atau 'mentaliti'.Ia adalah 'instrumental suffix' (sukukata yang ditambahkan dihujung perkataan) yang jika dilihat secara keseluruhan merujuk kepada 'the mode of thinking' atau identiti sesuatu berdasarkan pemikiran yang boleh juga sebagai menerangkan cara hidup,budaya atau peradaban.Jadi 'yu' dalam slanga bahasa Avestan yang juga adalah ibu kepada sanskrit, adalah merujuk kepada 'bangsa' atau 'budaya'.Jadi perkataan 'Madayu' bermaksud 'Bangsa Mada'.

Ingin pergi lebih jauh?Menjejaki jejak sendiri lebih sukar rupanya dari menjejak bangsa orang lain.

Sekadar renungan,siapa yang berhenti menjejak Melayu hingga ke Vietnam,maka hanya itulah asal keturunannya.Jika ada yang mendakwa Melayunya dari Yunnan,maka Yunnan lah Melayunya itu.Siapa yang berkata Melayu itu pernah tinggal di Tibet,di kaki gunung Himalaya,dia telah sampai ke separuh perjalanan bangsanya.Tidak mengapa.Jika semuanya betul pun masih tidak mengapa.Mengapa?KERANA MELAYU ADALAH BANGSA YANG MENURUNKAN PELBAGAI KETURUNAN ASIA YANG LAIN.

'MALAY IS TRULY ASIA'


Mungkin mereka betul.

Mungkin tiada siapa yang salah dalam hal ini.Mungkin Teori Kapak Tua Dari Asia Tengah betul.

Atau gendang Dongson, juga puak Hoabihn.

Bukan sahaja para sarjana Barat malah kita sebagai pewaris Kemelayuan ini juga hanya mendapat serpihan puzzle yang berbeza-beza.

MARI KITA CANTUMKAN SEMUA JIGSAW PUZZLE KITA!

Kembali Kepada Ibunda Keturah

 


"Keturah adalah bonda kami,
wajahnya lembut tiada amarah,
berwatak tenang hilang hanahorragha

Budi pekerti pekerma diraja

Jika bersimpuh,bima diwani
Jika berkata,
sukkachitta

melapas dukka
sutramawarni
Keturah adalah bonda kami
seroja dilangit

kemboja berlayupan di darat

airmata hidangkan dengan senyuman
mentari jadi salju dedayu
Keturah adalah bonda kami
pelukan kasih seorang ibu

bagai syurgaloka
seri dharma"

(Tiada bernama)

Jejak telah hilang di sini.Dimana kunci-kunci rahsia?Tiada kunci rahsia lagi.Tiada peti yang perlu dibuka.Kembali.

Kembali kepada bonda.

Keturah,begitulah namanya.Gadis misteri dari Timur.Semisteri namanya.Keturah adalah nama yang ganjil bagi budaya Yahudi Kuno,bagi puak-puak bani Israel malah dalam sejarah Akkadia-Babylon.Dari manakah datangnya gadis misteri ini?Siapakah Keturah?

Mungkin jika bertanya pada gadis aneh yang berpaling tadi,kita mungkin akan tahu siapa moyangnya,Keturah yang misteri ini.

Tapi si dia ada meninggalkan sesuatu.Jejak.

Selendang wangi berwarna merah.

Dan huruf Ibrani Kuno 'mem' juga adalah 'mim' dalam tulisan Arab.Alter terahsia bangsa Melayu.




Tapi...siapakah Keturah??

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno,Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi,iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s.Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi),minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S.Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland?Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno,Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Ini bermaksud sebelum sampai ke 'homeland' mereka dari sebelah ibu,perkahwinan campur mungkin sahaja berlaku dengan kaum-kaum di sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa beratus-ratus tahun itu.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Namun kesimpulan yang lebih sederhana dan meyakinkan bahawa salahsatu sukukaum Mala dari keturunan Keturah telah berhubungan dengan Scythia ini melalui perdagangan atau peperangan. BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ADALAH BERASAL DARI SCYTHIA.Bangsa Scythia diketahui umum menjadi askar upahan empayar-empayar di Sumeria dan Parsi.Jadi kebarangkalian untuk bertembung dengan keturunan Keturah dan Ibrahim amat tinggi.

Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha

Di mana mahu kita mulakan?Pintu rahsia semakin banyak.Menunggu untuk dibuka.Huruf 'Mim' pada selendang wangi si gadis misteri begitu membantu.

HURUF MIM YANG TERAHSIA

 


Kita mulakan dengan Kambuja.Seperti yang dijelaskan dalam siri ketiga,sukukaum Aryan ini adalah kaum pahlawan yang memiliki kepakaran dalam kesusasteraan Vedic India/Parsi.Para sarjana geneologi dan antropologi telah mengkaji kaum Aryan ini sejarahnya dapat ditelusuri sehingga kerajaan purba Scythia iaitu satu kawasan yang melewati perbatasan Parsi-India,lebih utara dari Bactria.

Ramai sarjana mempercayai agama purba Zoroester berasal dari timur Iran di mana kaum Kambuja berasal.

Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum Aryan ini sehingga ke inkripsi purba Iran yang ada menyebut nama Kambujiya,satu keturunan diraja.Kambujiya adalah nama dalam Parsi Kuno.Nama Kambujiya di dalam bahasa Yunani ialah CAMBYSES.Kambujiya atau Kambaujiya adalah nama kepada beberapa raja-raja Parsi dalam dinasti Achaemenid.

Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu (Mada,Medes,Madyan,Midian,Medea) telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The Great menaiki takhta.

Lihat puzzle setakat ini:

Keturah,

Nabi Ibrahim,

Jawi,

Cambyses

Kambuja

Scythia

Manessah

Mala

Malai

Mada

Mada-yu

Mala

Mala-yu

Siapakah The Lost Tribe of Mala?Apa kaitan The Lost Tribe of Israel (Manessah dari jurai keturunan Joseph/Nabi Yusof) dengan bangsa Mala?APAKAH YANG BERLAKU ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI 2000 TAHUN SEBELUM MASEHI?Jika Red Indian dan Tanah Amerika (sudah tentu konspirasi Yahudi yang ingin mengatakan bumi Amerika adalah bumi kaum Yahudi bukan gentile-kaum kulit putih) bukan 'The Promised Land' jadi dimanakah 'The Promised Land' sebenar?

Ralph Olssen mungkin tahu jawapannya.

Sesungguhnya Yahudi Zionis banyak bermain dengan 'The Promised Land'.Mengapa?Selain Palestin,nampaknya banyak lagi 'The Promised Land' yang ingin dituntut mereka.SEBENARNYA BUKAN UNTUK DITUNTUT.

TETAPI UNTUK DICARI.

Mengapa?Kerana 'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.Di mana mereka?Jika semua jigsaw puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini:

TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH.

Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di sini.Mungkin bukan kesemuanya tetapi 'The Lost Tribe' telah hilang di Bumi Mala.Perkahwinan?Mungkin.

Jika berpandu pada petunjuk ini,'The Lost Tribe' Manessah berkemungkinan besar telah terserap ke dalam bangsa misteri di Timur Jauh ini.Bersembunyi dan hilang begitu saja.

Ingat,ini bukan hendak mengatakan Melayu adalah Manessah tetapi Bangsa Melayu kemungkinan ada perhubungan dengan Manessah atau 'The Lost Tribe'.

Dua petunjuk kepada dua Kunci Rahsia Imam Iblis Majlis Tertinggi Illuminati telah terbongkar sedikit demi sedikit.Jangan risau.Mereka telah lama tahu.

SEBAB ITU PANGKALAN ISRAEL HANYA SATU SAHAJA.IAITU DI SINGAPURA.Cuma Amerika sahaja yang membina banyak pangkalan di merata dunia.

APA YANG INGIN DIKAWAL MEREKA?MUNGKIN ANDA TAHU JAWAPANNYA.

Kunci rahsia yang retak di Altar Pemujaan Lucifer Illuminati telah dicantumkan.

DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI.

Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui setakat ini adalah gabungan dua garis keturunan.Disebelah ayah adalah dari jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke Nabi Ismail dan Siti Hajar.Di sebelah ibu adalah dari jurai yang sama dengan Nabi Isa a.s,Nabi Sulaiman a.s,Nabi Daud a.s hinggalah bersaudara dengan Nabi Yusof a.s sampai ke Nabi Yaakub a.s,Nabi Ishak dan Siti Sarah.Kombinasi Keturunan yang terbaik.

Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:

Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah (kaum yang mengikut ajaran Ibrahim dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari (Melayu juga bermaksud lari,pindah,hijrah dalam dialek satu sukukaum di Indonesia) bukan di Amerika seperti penipuan Mormon-Yahudi (menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH BANGSA BESAR YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.

Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:

Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang,atau menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah (namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w).

TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA.

Dimanakah sasaran mereka selepas ini?TIdak perlu bertanya lagi jika semua muncung meriam Zionis di Singapura tepat menghala ke SINI.

Tinggalkan dulu 'pergaduhan adik beradik jauh' antara Yahudi dan Melayu.

Mari kita jejak lagi bangsa yang hilang ini.Ke mana ayunan langkah mereka selepas ini.

Sungguh kuat mereka mengembara.Mahu saja dibedung semua kaki mereka agar duduk diam sehingga diri ini tidak lagi tercari-cari makna Melayu.Supaya diri ini tidak lagi ditipu Barat juga diprovok oleh pendatang keparat yang mahukan Bumi Mala ini.

Ketika di perbatasan Himalaya,bangsa ini telah menurunkan kaum Kambuja yang tinggal di kaki gunung Himalaya.Mungkin terdapat puak Mala yang lain tetapi catatan sejarah hanya dapat mengesan suku kaum Kambuja sahaja.Kaum ini yang menguasai semua kesusasteraan Vedic mempunyai hubungan dengan kaum Sakya di utara India.Kaum Sakya juga diketahui umum sebagai berkasta Ksyatria-kasta yang sama dengan Kambuja.Kaum Sakya juga sebelum menetap di beberapa jajahan India Purba seperti di Benares adalah dikatakan berasal dari kaki gunung Himalaya.Apakah petunjuk rahsia yang menggabungkan antara Kambuja dan Sakya.




Di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia terdapat 2 naskhah agama Buddha yang berjudul Nan-Hai-Ji-Gui-Nei-Fa-Zhuan yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Takakushu. Buku ini adalah berkenaan hal-hal peribadatan penganut Buddha.Satu maklumat penting dalam buku berkenaan adalah berkenaan guru I-Tsing di Sriwijaya yang bernama Sakyakirti. Tiga orang guru beliau yang lain adalah dari India.Sakyakirti,seorang pendeta Melayu beragama Buddha telah menjadi guru kepada I-Tsing selama pengajiannya di sebuah universiti Buddha di Sriwijaya.Seorang pendeta dan cendekiawan Cina belajar agama Buddha dari seorang pendeta Melayu.Mengapa?Lihat pangkal huruf namanya.Sakya-kirti.Nama Sakya menunjukkan keturunannya atau taraf kastanya yang tinggi.Begitu juga dengan penggunaan Dharma.

Sebuah manuskrip bertarikh kurun ke-11M di Tibet bertajuk Abhisamayalamkara-nama-prajnaparamitopadesasastravrrtti-durbodhaloka-nama-tika, yang merupakan ulasan oleh Dharmakirti Suvarnabhumi pada tahun 1005M. Beliau adalah seorang pendeta Melayu beragama Buddha di Suvarnabhumi/Sriwijaya. Ulasan ini diterjemahkan ke bahasa Tibet sebelum tahun 1069M oleh muridnya Atisa berjudul Shes rsb kyi phs rol tu phyin pa’i man ngag gi bstan bcos mngon par rtogs pa’i rgyan ces bya ba’i ‘grel pa stogs par dka’ ba’i snag ba zhes bya ba’i grel bshad. Buku ini diedit oleh Cordier pada 1915 di Paris, terbitan Imprimerie Nationale, dan juga diedit oleh Suzuki pada 1957 di Tokyo-Kyoto, terbitan Tibetan Tripitaka Research Institute.Perhatikan darjat 'Dharma' dipangkal namanya.Bayangkan jika ketika itu Atisa, seorang sami Buddha dari Tibet sedang tekun belajar di hadapan seorang pendeta Melayu!Karya pendeta Melayu telah pun sampai ke Tibet.Selama beratus tahun para pelatih sami Buddha di Istana Potala membaca dan mengkaji karya Melayu di Istana Potala.Kita tidak tahu.Kerana karya itu dalam bahasa Pali-Tibet yang diterjemahkan dari bahasa Melayu-Jawa Purba.

Sakya adalah keturunan yang menurunkan Siddharta Gautama Buddha.Kebetulan?Tidak sepenuhnya.Ia adalah geneologi dan sejarah.Kadangkala Buddha digelar Sakyamuni (bermaksud 'orang bijaksana dari suku kaum Sakya').Sebab itu pendeta Melayu berani memakai nama Sakya dipangkal namanya.Sebab itu I-Ching sanggup ke Sriwijaya bukannya ke India untuk mencari keturunan Sakya di Nusantara.

Hal ini sesuai dengan berita I-Tshing pada abad ke 8 bahwa di Sriwijaya terdapat 1000 orang pendeta yang belajar agama Budha di bawah bimbingan pendeta Budha terkenal yang bergelar Sakyakirti itu.

Begitu juga misteri yang menyelubungi Budidharma,pendeta misteri yang dikatakan sampai ke Shaolin Temple adalah seorang Melayu beragama Buddha.

Rekod tua dari Biara Buddha di Luoyang telah dikompilasi pada tahun 541 Masehi oleh Yáng Xuànzhī seorang penulis dan penterjemah Mahayana Buddha kepada bahasa Cina mencatatkan:

"At that time there was a monk of the Western Region named Bodhidharma, a Persian Central Asian..."

Rekod ini menyebut tentang sifat terpenting bangsa Melayu,sejak diketahui hubungan Melayu dengan bangsa Aryan."A Persian Central Asian" adalah kata-kata yang tepat-seorang Parsi dari Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dari Asia Tengah?) menunjukkan bukan pendeta India berkulit gelap tetapi pendeta Melayu berkulit cerah berkasta tinggi.

Kaum Ksyatria dari Kambuja-Sakya telah bergerak jauh hingga ke Sri Lanka,melalui jalan laut menuju ke Nusantara,lalu dikatakan mengasaskan Gangga Negara,kerajaan purba di negeri Perak yang terkenal itu.Kumpulan yang lain pula bergerak menyelusuri Sungai Mekong dan ada yang berjalan kaki sampai ke daerah Yunnan.Ingat!mereka bukanlah mengembara secara terus menerus tetapi berhenti dan membuat penempatan di satu-satu tempat,bercampur dengan etnik tempatan sehingga menurunkan hibrid bangsa-bangsa Asia.Yunnan,ya sebab itu kesan bangsa misteri ini masih ada di sana.Dari Yunnan mereka turun ke perbatasan Indochina dan mula mengasaskan empayar-empayar seperti Funan,Khmer dan Champa.Sebab itu raja-raja Khmer yang memerintah Kemboja dan yang membina Angkor wat mendakwa mereka adalah keturunan kaum pahlawan Kambuja.




Ahli-ahli sejarah di Malaysia pernah mendakwa bahawa Tamadun Funan yang diasaskan sekitar 190M ini adalah Tamadun Melayu Terawal, malah direkodkan dalam buku sejarah sekolah.Ketika kekalahan Funan di tangan Chenla sekitar 550M, rajanya dikala itu lari ke Jawa dan membuka Sailendra. Perkataan “Funan/Bnam/Phnom” mempunyai maksud yang sama dengan perkataan “Sailendra”, iaitu “gunung/tanah tinggi”. Negara Vietnam masih menggunakan perkataan “bnam” dihujung perkataannya. Mungkinkah bangsa Funan ini merupakan orang laut, seperti Bajau dan Sulu, sehinggakan menggelarkan negara sebagai tanah tinggi atau gunung. Tapi, mungkin juga bersebabkan konsep kosmologi Hindu-Buddha yang berpaksikan Gunung Meru yang dikelilingi oleh 4 dvipa, seluruhnya digelar Jambhudvipa, geometrinya seperti buah jambu air. Yang pastinya, bangsa Vietnam terpengaruh menamakan negara mereka sebagai “Vietnam” yang bermaksud “Gunung+Viet”, sedangkan mereka bukanlah orang laut. Seluruh kefahaman mereka berkenaan laut datang daripada bangsa yang mereka jajah hingga kini, Campa.Seorang profesor Melayu, Prof. Dr. Shaharir telah mengumpulkan sejumlah 600 perkataan Khmer Kuno yang dikatakannya adalah juga merupakan perkataan-perkataan Melayu Kuno.

SEMUANYA MENUNJUKKAN WARISAN DARI BANGSA GUNUNG YANG GAGAH. "THE DESCENDANT OF MOUNTAIN TRIBE"

Bangsa inilah yang membina Angkor Wat.Ketika ini bangsa yang berada di Jawa adalah sama dengan bangsa yang berada di Kambuja-Vietnam.Jayavarman II-pengasas kerajaan Angkor-Khmer mempunyai hubungan dengan kerajaan Sailendra Jawa malah pernah tinggal di sana beberapa lama.

SAILENDRA-GUNUNG
FUNAN-GUNUNG
NAM-GUNUNG
MALAI-GUNUNG

Bangsa ini juga yang membina Borobudur.Malah bangsa ini juga mampu membina kapal-kapal laut yang amat hebat.Para pengembara dan penulis Eropah terutama dari Sepanyol dan Portugis (Kedua-dua negara ini menerajui bidang pelayaran di Eropah ketika itu) seperti Tome Pires,Godinho De'Eredia dan Duarte Barbosa mencatatkan kapal-kapal Melayu yang amat besar dan saiz pelabuhan Melaka yang amat sibuk dengan kapal-kapal.Dicatatkan dalam Sulalatut al-Salatin itu tentang bahtera Sultan Mahmud Shah belayar ke Majapahit, berlaku dalam abad ke-15 M, adalah kapal yang cukup besar bernama Mendam Berahi yang lebih hebat dari Flor de la Mar,kapal Alfonso de Albuqarque.




Atau lihat sahaja kapal besar yang diukir di dinding candi Borobudur yang dibina pada abad ke-8 M itu.Bayangkan pada abad ke 8 (ini usia candi Borobudur) telah ada kapal sebesar itu yang seakan sama dengan rekabentuk kapal moden di era Caribbean Pirates.Malah mungkin teknologi kapal telah ada lama dari itu kerana Borobudur dibina bertahun-tahun dan apa yang diukir di dinding-dindingnya adalah penceritaan kepada kisah-kisah dalam agama Buddha juga keadaan semasa bangsa Melayu ketika itu.

 

*Lihat betapa hebatnya kapal bangsa Melayu pada zaman dahulu.Adakah Melayu ketika itu masih tinggal di ceruk-ceruk kampung beratap nipah?


Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M.

Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.

Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.

Catatan Belanda menyebut teknologi meriam Melayu Petani, iaitu Patani sekarang, warisan kerajaan Melayu Langkasuka pada abad ke-17, adalah lebih hebat daripada meriam Belanda apatah lagi Siam, iaitu Thailand sekarang yang pernah berpakat menyerang Petani beberapa kali tetapi gagal.

Catatan Portugis menyatakan kapal perang dan meriam tentera Melaka lebih canggih daripada ciptaan mereka dan bangsa Eropah lain tetapi kerana Melaka tetap dapat dikalahkan menerusi strategi perang,konspirasi kotor dan rasuah, maka jiwa-jiwa Melayu hingga sekarang pun merasakan bangsanya memang inferior dalam teknologi ini (ketika itu armada laut Melaka tidak menyertai peperangan akibat konflik Laksamana dengan Sultan,jadi peperangan di Melaka ketika itu hanya disertai oleh askar-askar darat.Ini menerangkan kenapa Sultan ketika itu terpaksa mengupah ramai askar upahan Jawa apabila semua armada laut Melaka tergesa-gesa meninggalkan pelabuhan Melaka menjelang kedatangan Portugis-mungkin dirasuah adalah salah satu faktor).Melaka adalah kerajaan Maritim bukan Agraria atau darat.Jadi tanpa angkatan lautnya,sudah tentu 60% kekuatannya telah hilang.

Bangsa ini terus mengembara hingga ke Segenting Kra.Sementara yang lain datang dari arah laut mengikut seorang raja bernama Mus,telah mendarat di Sungai Musi,Palembang."Musi" bermaksud 'Sungai Kepunyaan Mus'.Kumpulan darat menyusuri tanah sempit Segenting Kra,menepati ramalan-ramalan dan petunjuk tentang 'The Promised Land'.

"akan melalui lorong sempit,hingga sampai ke hujung dunia"

Sampai di Semenanjung Emas,saki-baki dari bangsa yang meneruskan perjalanan ke hujung dunia "The Land of The East" berhenti dan mula menetap serta memulakan kehidupan baru di sini.Kisah pengembaraan yang memenatkan selama beribu tahun semakin lama semakin hilang di dunia yang aman damai di hujung dunia.Peperangan-peperangan di negarakota Babilon dan Ur serta serangan ke atas etnik India,masih terselit dicelah-celah mimpi bangsa misteri.Kehangatan padang pasir dan kesejukan ribut salji makin tidak dikenali di hutan hujan Khatulistiwa yang tenteram dan damai.Kicau burung,nyanyian mergastua kadangkala ngauman harimau adalah rentak hidup baru bagi bangsa hebat ini.

MEREKA TELAH BERJAYA SAMPAI KE 'PROMISED LAND'

Di selat Melaka,kedua-dua kumpulan ini bertemu.Kumpulan yang tiba melalui jalan laut (yang banyak menetap di Kepulauan Indonesia) bertemu saudara mereka (kumpulan yang tiba melalui jalan darat-majoriti menetap di Semenanjung 'Emas' Tanah Melayu).Mereka adalah serumpun dan bersaudara.Sudah lama mereka terpisah. Mereka berpelukan dan menangis.Ramai yang hadir melihat peristiwa paling bersejarah ini.Mungkin cucu-cicit gadis misteri yang meninggalkan selendang merah tadi ada di situ.Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka di 'Tanah Yang Dijanjikan' The Land of The East'

Amanat Nabi Ibrahim a.s telah tertunai.Bangsa Jawi mula berehat dengan amannya di sini.Apa perlu berperang dan membina negarakota?Kata sesetengah dari mereka.Mereka pun kerap bermimpi dan tidur di Bumi Mala.Setengahnya membina peradaban dan kota.

Tiada siapa mengganggu.Bangsa yang hilang tetap bersembunyi di Bumi Mala.

Ajaran Ibrahim semakin dilupakan.Tiada siapa lagi yang mengetahui tentang Tuhan Yang Esa.

Tetapi bangsa ini tetap mahu mencari Tuhan di Bumi Mala.

Hindu

Buddha

Islam

Sampai di sini bangsa misteri telah menemui permata yang hilang sejak ribuan tahun.Agama Wahyu warisan daripada Ayahanda Ibrahim a.s.Kemudian datang ujian.

Portugis

Belanda

Inggeris

Falsafah 'cukup makan' semakin popular apatah lagi setelah dijajah oleh Imperialis.Melayu menjadi inferior dengan bangsa sendiri.Tidak bersemangat.Layu.

Bunga kemboja Mala-yu telah layu di tasik sendiri.

Sampai bila bangsa ini lupa jejak sendiri.

Sampai Israel mengarahkan meriamnya di Singapura ke atas bangsa yang hilang ini.

KAMI SUDAH JUMPA ANDA!YOU ARE ON TARGET.

Di manakah alter terahsia Melayu?Dimana?

Pada huruf 'mim'

Bangsa Terbaik,Agama Terbaik

Mim itu Muhammad,Mim itu Mala

Apabila bangsa ini menghayati agamanya sendiri,maka akan terangkatlah

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

---------------------------------------------



Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu terpaksa dihentikan setakat ini kerana sumber utama dari Lodgekeeper tidak lagi dapat diakses.Namun mungkin ada kajian yang mendalam lagi di masa hadapan kerana semakin mengkaji tentang asal-usul bangsa ini,semakin banyak pintu rahsia yang terbuka membawa kepada jalan yang bersimpang siur tidak tahu di mana hujungnya.

Kepada anak-anak Melayu yang masih menuntut ilmu,tuntutlah ilmu semampu yang boleh kerana bangsa kamu adalah bangsa terbaik dan bijak.Jangan jadi penagih dadah atau merempit membuang masa.

Kelak kamu akan dapat menyusuri jejak Melayu itu sendiri.

Kepada para pencinta bahasa,berjuanglah pertahankan bahasa kamu kerana bahasa Melayu juga adalah kunci kepada jejak-jejak kamu yang hilang.

Kepada pemimpin politik Melayu,waspada,ada musuh yang menanti anda bukan sebab kekayaan anda tetapi sebab bangsa dan agama anda.

Kepada bangsa 'Mala' di Indonesia dan Malaysia,kita dipisahkan oleh penjajah-penjajah barat.Kita adalah serumpun dan bersaudara.Belanda dan Inggerislah dalang pemisahan kita.Hentikan segala sengketa yang terlampau bodoh dan merugikan,bersatulah.Biar bangsa Mala bangkit maju seperti masa-masa yang lalu.

Ini tanah kita.Ini bumi kita.Ini adalah "The Promised Land".

Ke manakah mahu kita pergi,jika kita dihalau dari tanah ini?

Tiada perjalanan lagi selepas ini.Kita sudah pun berada di Timur Jauh.Di hujung dunia.

Sampai masa kamu akan mengerti semua rahsia ini.

Biarlah Melayu itu mengenal Mimnya sendiri. 


Read more!